Pengarah Perisikan Amerika Syarikat Letak Jawatan

Washington – Pengarah Perisikan Amerika Syarikat Julia Pierson meletakkan jawatan berikutan beberapa kelemahan yang wujud dalam penjagaan keselamatan Presiden Barack Obama.

Setiausaha Keselamatan Homeland Jeh Johnson mengumumkan peletakan jawatan Pierson dan berkata Joseph Clancy, seorang anggota veteran agensi berkenaan, dilantik sebagai pemangku pengarah.

Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest berkata Obama memanggil Pierson bagi mengucapkan penghargaan kepadanya kerana khidmatnya yang lama.

Katanya, Obama berpendapat bahawa kepimpinan baharu diperlukan di agensi berkenaan selepas berlaku beberapa kelemahan keselamatan termasuk kejadian di mana seorang lelaki melompat pagar dan berjaya masuk melalui pintu utama di Rumah Putih pada 19 September lalu. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.