Merempat Ditanahair Sendiri, Kampung Melayu Lenyap Di Pulau Pinang – Mazlan Aliman

Georgetown – Berhubung isu penamatan jawatan Iszuree Ibrahim dari Jawatankuasa Tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang; Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng campur tangan bagi menarik balik pemecatan tersebut.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata gesaan juga dibuat agar isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat termasuk orang Melayu jangan di salah anggap oleh kerajaan negeri.

“Sidang Meja Bulat Isu Melayu Pulau Pinang akan diadakan pada 02 Nov ini untuk mengumpul lebih banyak ‘input’ dari NGO, ahli akademik, pengamal undang-undang dan lain-lain mengenai polisi tanah yang lebih adil untuk seluruh rakyat.

“Resolusi dari Sidang Meja Bulat ini akan diserah kepada Ketua Menteri.

“Ahli Parlimen PAS pula akan mengemukakan usul di Parlimen Oktober ini untuk penambahbaikan mengenai Tanah Rezab Melayu dan pemuliharaan Kampung Tradisi di bandar termasuk polisi Setinggan/Peneroka Bandar.

“Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang disaran mengadakan konvensyen dengan segera bagi menggarap isu tanah dan perumahan agar sebarang pembangunan mengambil kira kepentingan rakyat.

“Persaingan terbuka yang menyebabkan perkampungan tradisi di musnahkan oleh pemaju kapitalis atas nama pembangunan mesti di semak semula. Perkampungan Melayu yang paling teruk menerima kesannya.

“Akhirnya, orang Melayu merempat di atas tanahair sendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.