Sejurus Pulang Dari Krabi, Mat Sabu Dimasukkan ke Hospital Kerana Denggi

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi.

Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh seorang doktor.

Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.

Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau,” katanya.

Mat Sabu 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut salah seorang petugas media, beliau secara kebetulan terserempak dengan Naib Presiden PAS itu ketika sedang membuat liputan di lapangan terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) semalam.

“Saya dimaklumkan beliau baru pulang dari Krabi, Thailand” katanya ketika hendak mendapatkan maklumbalas berhubung perkembangan politik negara.

Petugas media yang enggan mendedahkan identitinya itu walau bagaimana enggan mengulas lanjut mengenainya.

Mat Sabu 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SuaraTV walaubagaimanapun gagal menghubungi beliau bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu menurut portal Malaysiakin, pembantu peribadinya, Tajuddin Othman yang dihubungi berkata, Mohamad mengalami demam panas beberapa hari lalu sebelum bertolak ke Krabi untuk menyampaikan sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Tajuddin lagi pemimpin PAS yang mesra dipanggil ‘Abang Mat’ itu tiba di Kuala Lumpur semalam, beliau terus dimasukkan ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Beliau ke Krabi cuma satu hari, itupun untuk memberi sumbangan buat ibadah korban di sana.

“Apabila pulang ke Malaysia, beliau terus mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan beliau disyaki (mengidap demam) denggi,” katanya.

Tajuddin berkata sebelum bertolak ke Krabi, pemimpin yang dikenali Mat Sabu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Bbagaimanapun, kata Tajuddin, doktor hanya memberikan ubat biasa tanpa mengesyaki beliau dijangkiti denggi.

Menurut Tajuddin lagi, keadaan Mat Sabu kini semakin pulih dan panas badannya sudah mulai berkurangan.

“Jika demam beliau sudah kurang, mungkin beliau akan keluar hospital hari ini. Tapi kita tunggu laporan doktor sehingga petang ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.