Guan Eng Teruskan Saman Pada Nasrudin

Georgetown – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih meneruskan saman ke atas MP PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong bawah laut bawah kerajaan negeri itu.

Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata writ dan kenyataan tuntutan telahpun difailkan dan dikemukakan ke pada semua pihak pada 20 Ogos lalu.

Penjelasan itu timbul susulan dakwaan bahawa beliau telah menggugurkan saman ke atas Nasrudin.

“Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak menandatangani writ tersebut.

“Atas kesilapan teknikal di pihak kami itu, kami memohon maaf kepada KM,” kata Mureli dalan kenyataannya.

“Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasrudin sebaik ia dikeluarkan dari mahkamah,” katanya.

Nasrudin dalam tulisannya di Facebook pada 6 Ogos lalu mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Anggota jawatankuasa pusat PAS itu turut mempersoalan mengapa tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.