Bukan Saya Yang Curi – Aliff Aziz

Semalam, kecoh apabila media melaporkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sedang berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 (RM5,000) berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

Laporan akhbar terbitan Singapura melaporkan Aliff, 23, dituduh melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Aliff telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut.

Namun Aliff tampil menafikan yang dia telah mencuri telefon bimbit seperti mana laporan daripada keratan akhbar di sana.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan rakannya mengunjungi rumah kenalan sekadar untuk lepak dan berbual kosong.

Bagaimanapun, rakan Aliff Aziz yang telah mencuri telefon itu tanpa dia sedari.

Tindakan rakannya itu menyebabkan Aliff berasa sangat kecewa sehingga dia diheret sekali dalam kes ini.

“Saya bayar S$2,000 adalah untuk ‘clearkan’ kes ini agar memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia. Undang undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya juga dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri,” katanya kepada portal Murai.

Aliff juga memberitahu rakannya itu telah disumbatkan ke dalam penjara dan telah dijatuhkan hukuman.

Tiada sebab Aliff untuk mencuri kerana dia mampu membelinya sendiri dengan hasil kerjayanya sebagai penyanyi dan pelakon.

“Saya harap penjelasan saya dapat memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap biadap rakan saya itu. Saya harap dia akan berubah,” ujarnya.

Aliff akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.