Bloggers Seks, ALvin Tan Dakwa UMNO Memang Layak Dihina

Kuala Lumpur – Blogger seks kontroversi, Alvin Tan mempertahankan tindakannya sebelum ini yang telah menghina beberapa pemimpin Umno.

“Sejak bila menghina Umno bermakna menghina Melayu? Inilah masalah yang terjadi dengan parti yang berlandaskan bangsa,” tulisnya di laman Facebook.

Bahkan, Alvin turut menyatakan bahawa dengan menghina parti menyebabkan dirinya di label sebagai seorang yang rasis dan dihina.

“Bagaimana kita boleh memiliki wacana politik yang bermakna, jika setiap kritikan terhadap Umno akan di label sebagai rasis.

“Juga, apa yang menjadi kesalahan jika menghina Umno sedang mereka sememangnya layak untuk dihina,” katanya lagi.

“Since when insulting UMNO means insulting Malays? That’s the problem with race-based parties, isn’t it? Criticizing the party immediately makes you a racist to be scorned. How can we have meaningful political discourse, if every criticism of UMNO is taken to be a racist remark?

“Also, what’s wrong with insulting UMNO, especially when they deserve to be insulted? ‪#‎FoodForThought,” tulisnya di ruangan komen Facebooknya.

Sebelum ini juga, Alvin turut telah menyindir amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Seandainya Ketua Polis Negara bersemangat untuk melawan jenayah dan rasuah sepertimana beliau bersungguh-sungguh untuk menangkap orang yang menghasut…..,” sindir Alvin.

Kenyataan yang dibuat oleh Alvin turut dikritik oleh beberapa pemimpin Umno, antaranya Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap penulis blog kontroversi, Alvin Tan sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara.

“Kalau berani balik ke Malaysia cakap depan-depan. Tak payah hendak lari ke Amerika Syarikat. Dia ini penakut hanya berani cakap selepas sudah lari dari Malaysia.

“Cakap depan-depan. Kami (Pemuda UMNO) menunggu. Jangan jadi bacul lari lepas itu baru hendak tunjuk berani. Orang macam ini adalah sampah masyarakat,” kata­nya dalam kenyataan.

Alvin sebelum ini juga telah dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial.

Sebelum itu pada 12 Mei lalu mahkamah membenarkan pasport Alvin dan pasangannya, Vivian Lee disimpan sebagai syarat jaminan sebelum diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei hingga 3 Jun lalu bagi tujuan pengambaran sebuah dokumentari di Singapura.

Bagaimanapun, Alvin telah dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah serta tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.