Yang Dipertuan Agong Sembelih 3 Ekor Lembu

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V meneruskan tradisi baginda apabila hari ini mencemar duli menyembelih tiga ekor lembu untuk menyempurnakan ibadah korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini.

Sebanyak 62 ekor lembu dikorbankan pada majlis bersempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Kesemua daging tersebut akan diagihkan kepada golongan fakir miskin di sini dan di Masjid Muhammadi mulai petang ini.KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V meneruskan tradisi baginda apabila hari ini mencemar duli menyembelih tiga ekor lembu untuk menyempurnakan ibadah korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini.

Sebanyak 62 ekor lembu dikorbankan pada majlis bersempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Kesemua daging tersebut akan diagihkan kepada golongan fakir miskin di sini dan di Masjid Muhammadi mulai petang ini.

Setiap seorang fakir miskin akan menerima dua kilogram daging dan dianggarkan kira-kira 1,500 individu akan menerima sumbangan tersebut.

Turut berangkat ke majlis tahunan tersebut ialah adinda Seri Paduka, Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra yang juga Yang Dipertua Maik.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Azlan Abd. Hadi; Ketua Polis negeri,  Datuk Hasanuddin Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Setiap seorang fakir miskin akan menerima dua kilogram daging dan dianggarkan kira-kira 1,500 individu akan menerima sumbangan tersebut.

Turut berangkat ke majlis tahunan tersebut ialah adinda Seri Paduka, Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra yang juga Yang Dipertua Maik.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr. Nik Azlan Abd. Hadi; Ketua Polis negeri,  Datuk Hasanuddin Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.-MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.