Warga Emas Bogel Di Hotel, Ancam Pekerja

Pasangan suami isteri warga emas didenda £5,000 selepas mabuk dan berlari sekitar hotel dalam keadaan bogel sambil mengancam kakitangan di situ dengan gunting.

Menurut metroUK, Robert Fergus, 72, dan isterinya, Ruth mengamuk mengamuk di Hotel MacDonald Kinlock Rannoch di Perthshire Februari lalu, lapor mStar.

Kakitangan dan tetamu terpaksa dipindahkan dari bangunan selepas pesara tersebut memecahkan pintu kaca dan turut mengancam untuk menembak pekerja.

Pasangan itu adalah tetamu di hotel tiga bintang tersebut dan dilaporkan menunjukkan reaksi teruk selepas minum minuman keras sepanjang hari.

Fergus dan isterinya, Ruth yang berusia 69 tahun dari Troon di South Ayrshire, kemudian melarikan diri dari hotel tersebut menaiki BMW milik mereka.

Mereka kemudiannya memaklumkan kepada polis dan menuduh kakitangan hotel cuba membunuh mereka.

Terhidu bau minuman keras pada pasangan itu, anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap Fergus dan mendapati dia melepasi dua kali ganda had pemanduan ketika mabuk yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.