Terbakar Ketika Isi Minyak

BINTULU – Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar ketika mengisi minyak di stesen minyak di Medan Jaya, tengah hari tadi.

Kebakaran jam 12.19 tengah hari itu memusnahkan 10 peratus kenderaan itu yang turut membawa muatan silinder gas memasak, lapor BH.

Pembantu Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Helman Main, berkata api dikawal sepenuhnya oleh orang awam menggunakan alat pemadam kebakaran dalam kira-kira 10 minit.

“Tindakan pantas itu berjaya mengelak kebakaran lebih serius di stesen berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, lima anggota dihantar ke lokasi terletak kira-kira empat kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.