Pemilik Restoran Sate Kajang Meninggal Dunia Pagi Tadi

Kuala Lumpur – Pemilik restoran Sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.05 pagi tadi.

Allahyarham Samuri menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.

Beliau dilahirkan pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Jani Mohamad Amir dan lima anak.

Menurut Facebook Masjid Al Falah Kg. Sg. Ramal Dalam, jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh kariah masjid tersebut dan dikebumikan hari ini.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin di syurga tertinggi di sisiNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.