Operasi Cari Mangsa Pangsapuri Runtuh Dihentikan, 33 Orang Maut

Pasukan penyelamat telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat mangsa bangunan pangsapuri runtuh yang mengorbankan 33 orang di bandar kewangan India, Mumbai, Jumaat lalu.

Keputusan diambil selepas pembersihan serpihan bangunan yang dijalankan tidak lagi menemui mangsa.

Bangunan yang berusia 117 tahun itu telah diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk diduduki sejak enam tahun lalu namun sembilan keluarga masih menetap di situ.

Malahan pusat jagaan kanak-kanak turut beroperasi di tingkat satu bangunan berkenaan.

Runtuhan berkenaan berlaku susulan hujan lebat yang berterusan sejak Khamis lalu.

Kejadian tanah runtuh kerap berlaku di India disebabkan oleh penggunaan bahan binaan yang kurang baik atau kurangnya penyeliaan peraturan.

Dengan kadar sewa yang semakin tinggi, ada sesetengah pemilik bangunan cuba mengaut keuntungan dengan membuat tambahan tingkat bangunan tanpa kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.