Naiki Penerbangan 15,000km Tunaikan Haji

HAWAII – Sebuah keluarga melakukan perjalanan lebih jauh berbanding kebanyakan orang Islam lain bagi menunaikan ibadah haji di kota suci Mekah.

Menurut Agensi, Warga Amerika Syarikat (AS), Corey Gallivan dan isterinya, Andhini serta dua anak perempuan mereka yang berumur 13 dan 15 tahun melakukan perjalanan hampir 15,000 kilometer (km) dari Hawaii, lapor Kosmo.

Mereka menaiki penerbangan selama 26 jam untuk sampai ke Tanah Suci Mekah.

“Beberapa ratus tahun dahulu, jemaah haji menggunakan jalan darat dan laut yang mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke Mekah. Ketika itu, perjalanan yang lama menjadi perkara biasa,” kata Gallivan.

Andhini pula berkata, dia mengambil masa beberapa bulan melakukan persiapan untuk perjalanan haji mereka termasuk fizikal dan rohani.

Keluarga berkenaan mendapat visa haji melalui kuota yang diberikan kepada Amerika Syarikat(AS). Mereka akan berada selama 16 hari di Mekah dan Madinah.

Gallivan memilih pakej haji daripada syarikat Sara International Travel yang berharga sekitar AS$8,000 (RM34,169) seorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.