Kerbau Untuk Ibadah Korban Terpaksa Ditembak Mati Selepas Mengamuk

Seekor kerbau yang sediakannya untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha terpaksa ditembak mati oleh polis selepas ia mengamuk ketika dibawa ke kawasan sembelihan di Jakarta Timur, Indonesia.

Pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan berkenaan kerana bimbang kerbau itu membahayakan keselamatan orang ramai.

Ketika itu, kerbau berkenaan baru tiba dengan sebuah kenderaan dan kemungkinan selepas melihat banyak kambing yang dipotong terlebih dahulu, kerbau itu mengamuk.

“Kerbau itu berlari ke jalan raya sebelum masuk ke halaman rumah seorang lelaki,” kata salah seorang ahli jawatankuasa kampung, Ahmad Dasuki yang kemudiannya menghubungi polis.

Sebelum ditembak, polis telah mendapatkan izin daripada pemilik dan jawatankuasa korban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.