Kapal Karam 99 Tahun Dirakam

DUBLIN, Ireland – Seorang jurugambar amatur merakam gambar bangkai sebuah kapal Britain yang terbenam di dasar laut dekat sini sejak 99 tahun lalu.

Menurut Agensi, Darragh Norton, 43, berkata, dia merakam gambar kapal gergasi Britain, SS Justicia itu di sebuah perairan di Ireland, lapor Kosmo.

Kapal itu digunakan sebagai kapal pengangkut anggota tentera semasa Perang Dunia Pertama.

Darragh merakam gambar-gambar unik itu baru-baru ini.

“Terdapat beberapa bangkai kapal selam era Perang Dunia Pertama dan Kedua selain sebilangan kapal dagang yang berkubur di perairan berkenaan,” katanya.

Kapal setinggi 236 meter itu diserang di Skerryvore, selatan Scotland oleh kapal selam Jerman pada akhir Perang Dunia Pertama.

Ketika kejadian, kapal itu berlayar dari Belfast, Ireland Utara menuju ke New York tanpa membawa anggota tentera . Serangan itu mengakibatkan kapal itu karam bersama sekurang-kurangnya 16 anak kapal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.