Hodak Umum Senarai 23 Pemain B-19

KUALA LUMPUR – Pemain skuad projek Sukan SEA 2017, Muhammad Akhyar Abdul Rashid antara 23 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan, Bojan Hodak untuk menggalas cabaran negara ke Kejuaraan B-18 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017 di Yangon, Myanmar bermula 4-17 September ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan 23 pemain itu dipilih selepas Hodak, 46, bersama barisan kejurulatihannya memanggil seramai 39 pemain untuk menjalani sesi latihan pemilihan bermula 17 Ogos lalu, lapor Kosmo.

Sebanyak 11 negara termasuk Malaysia dibahagikan dalam dua kumpulan dan hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 15 Sept sebelum aksi final yang dijadual berlangsung pada 17 September di Stadium Thuwunaa YTC.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A akan berdepan Laos Isnin ini, diikuti aksi menentang Singapura (6 Sept) dan Timor-Leste (8 Sept) di Stadium Aung sebelum bertemu Kemboja (10 Sept) dan Thailand (12 Sept) di Stadium Thuwunna YTC.

Kumpulan B pula menampilkan Vietnam, Myanmar, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.