Gadis Cantik Mahu Tebar Roti Canai

PETALING JAYA — Seorang gadis yang bekerja menebar roti canai di kedai milik bapanya, tidak berminat meneruskan pelajaran.

Nur Intan Izani Mohd Bakri juga tidak mahu bekerja makan gaji sebaliknya tekad mahu meneruskan perniagaan bapanya, lapor mStar Online

“Saya langsung tak pernah terfikir nak sambung belajar atau kerja makan gaji, dari dulu memang cita-cita saya nak sambung bisnes abah.

“Lagipun semua kerja di sini saya boleh buat. Tebar roti, bancuh air, kira duit, ambil ‘order’, saya gembira kerja dengan keluarga mungkin sebab tu saya tak pernah ada cita-cita lain,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar itu juga tidak kisah dengan kuali panas atau tangannya berlumur minyak.

Sekalipun ramai gadis seusianya lebih meminati kerja glamor, beliau tidak segan bekerja di gerai D-8 IlahBrie yang dibuka bapanya di Lunas, Kulim, 30 tahun lalu.

“Saya membesar di sini, dari kecil tengok abah uli tepung dan buat roti canai, dari situlah timbul minat untuk belajar dan cari rezeki dengan cara ni,” katanya.

Beliau juga tidak kisah diusik pelanggan asal tidak keterlaluan.

“Kalau minat tak boleh malu, dulu mungkinlah malu sikit. Setakat pelanggan usik dan kacau-kacau tu biasalah, saya tak kisah sangat selagi mereka tak keterlaluan,” katanya.

Nur Intan mula menebar roti canai pada berusia 16 tahun, mengambil alih tugas bapa yang ketika itu dirawat di hospital kira-kira empat tahun lalu.

Namun, beliau mengakui bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan mengikut selera mereka, malah Nur Intan tidak terlepas dikritik mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.