Banjir Besar Texas Belum Pulih

PORT ARTHUR, Texas – Bekalan air minuman ke sebuah bandar raya di tenggara Texas yang dilanda banjir terputus, manakala polis dan tentera memindahkan beribu-ribu penduduk terkandas kelmarin selepas Ribut Tropika Harvey meragut 44 nyawa dan mengakibatkan lebih 1 juta penduduk hilang tempat tinggal.

Menurut Reuters, kira-kira 779,000 penduduk Texas diarah meninggalkan rumah mereka dengan 980,000 lagi berpindah secara sukarela berikutan ancaman banjir baharu akibat limpahan air sungai dan empangan, kata Pemangku Setiausaha Jabatan Ke­selamatan Dalam Negeri, Elaine Duke, lapor Kosmo.

Bandar Beaumont yang terletak kira-kira 130 kilometer (km) ke timur Houston terputus bekalan air dan berdepan ancaman peningkatan paras air sungai. Keadaan itu memaksa pesakit di hospital Beaumont dan penduduk di Daerah Orange dipindahkan.

Banjir di Texas turut mencetuskan letupan di sebuah loji kimia yang terletak sekitar 40 kilometer ke timur bandar raya terbesar di negeri itu, Houston.

Banjir yang berlaku berpunca daripada Taufan Harvey yang membadai Texas pada Jumaat lalu tetapi beransur lemah dan bertukar menjadi tropika yang membawa hujan lebat.

Sekurang-kurangya 44 orang terkorban di enam daerah di Te­xas termasuk sekitar Houston, kata beberapa pegawai. Sejumlah 19 orang lagi masih hilang.

Kira-kira 189,000 buah rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik, manakala hampir 100,000 rumah rosak akibat banjir.

Syarikat perkhidmatan kewa­ngan, Moody’s Analytics menganggarkan kerugian akibat ribut Harvey di Texas adalah antara AS$51 bilion (RM217 bi­lion) hingga AS$75 bilion (RM320 bilion), kerugian paling tinggi dalam sejarah ribut yang pernah melanda Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.