4 Lelaki Bersenjata Samun Kedai Emas Dalam Pusat Beli-Belah

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas disamun empat lelaki bersenjatakan pistol dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Country Homes, Rawang.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu turut tular di media sosial menunjukkan beberapa lelaki memakai sarung tangan dan topi keledar sedang menyamun kedai emas tersebut.

Dalam video yang dirakam orang awam menunjukkan dua lelaki menggunakan alatan seperti tukul untuk memecahkan cermin kedai emas berkenaan sebelum melarikan barangan kemas di situ.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kira-kira pukul 6.45 petang.

“Empat suspek tersebut bersenjatakan pistol dan juga tukul besi.

“Salah seorang suspek turut melepaskan satu das tembakan ke arah siling,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.