30 Gajah Liar Amuk, Masuk 3 Kampung

JERANTUT — Kira-kira 30 gajah liar ‘mengamuk” dengan memasuki tiga kampung sekitar sini dan memusnahkan pelbagai tanaman.

Kumpulan haiwan itu memasuki Kampang Pulau Tawar, Kampung Batu Leja dan Kampung Bukit Nikmat awal pagi kelmarin, lapor Kosmo.

Gajah liar tidak menghiraukan cubaan penduduk yang berbuat bising dan membakar tayar terpakai untuk menghalau haiwan tersebut.

Kejadian ketiga dalam tempoh lima hari memusnahkan tanaman cili, jagung, pisang dan kelapa sawit yang diusahakan penduduk.

Penduduk terutama pengusaha melunturkan semangat dalam menyambut AidilAhda berikutan punca rezeki musnah begitu sahaja.

“Kumpulan Gajah 10 hingga 20 ekor itu merosakkan pokok pisang dan pagar di kebun yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu,” kata Saharudin Ahmad, 44, dari Kampung Batu Leja.

Farizal Sulaiman, 31, pula kerugian RM70,000 selepas benih sawit yang ditanam 18 bulan lalu musnah manakala 85 peratus tanaman pisang, pagar dan saluran paip musnah.

Ada penduduk percaya kejadian tersebut ada kaitan dengan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Lepar dan Hulu Tembeling untuk mencari makanan.

“Penebangan hutan di kedua-dua kawasan tersebut sekali gus mengakibatkan mamalia gergasi berkenaan hilang tempat tinggal dan sumber makanan,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.