Video : Pandangan Orang Awam Mula Bimbang Dengan Virus Zika

KUALA LUMPUR – Orang awam mula bimbang apabila dilaporkan virus Zika sudah mula memasuki Malaysia.

 

 

Malah, dalam satu kajian dijangka ia akan semakin menular lebih besar berbanding negara seberang, Singapura.

 
Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata daripada orang awam mula risau malah turut memberikan panduan mengenai cara menangani masalah tersebut daripada terus merebak dalam negara.

 

 

Seorang pelajar, Daniel Chow, 20, yang ditemui berkata, orang ramai perlu mengambil langkah pembersihan di kawasan rumah supaya bebas daripada virus terbabit.

 

 

Manakala seorang lagi orang awam, Mohd Syazwan Saifudin berpendapat, amalan kebersihan haruslah dipraktikkan supaya ia menjadi budaya Masyarakat di negara ini bukan sahaja dalam melawan Zika, malah dapat melawan kes denggi yang merebak dalam negara.

 

 

Bagaimanapun, rata-rata pandangan orang awam berpendapat denggi lebih teruk jika dibandingkan dengan zika.

 

 

Terdahulu, pakar Kanan Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Datuk Dr Amar Singh berkata Malaysia mempunyai masalah aedes yang lebih serius sekali gus meningkatkan risiko penyebaran Zika.
Katanya, masyarakat tidak mengambil berat tentang denggi dan Zika kerana ia amat berkaitan kerana disebarkan melalui aedes.

 

Tambahnya, penyebaran virus itu tidak boleh hapuskan tanpa kerjasama dari masyarakat Malaysia yang didakwa tidak mengambil berat tentang sampah.

 

 

Sebelum itu, antibiotik atau vaksin belum ada bagi Zika dan ia senang menjangkiti orang ramai kerana belum ada imunisasi.
Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.