Tun M Perdana Menteri Paling Bersih Dalam Malaysia

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini, secara rasmi mengiktiraf Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri paling bersih dalam sejarah Malaysia.

 

Memetik laporan portal pembangkang, gelaran itu sebelum ini, disandang oleh bapa Najib, Tun Abdul Razak selama lebih 40 tahun.

 

Dakwa portal pro Pakatan Harapan itu lagi, semua kontroversi yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sepanjang pentadbirannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun hanyalah permainan atau tuduhan politik oleh PAS.

 

“Ini berikutan kajian yang dilakukan Merdeka Center baru-baru ini mendapati, semua kontroversi yang berlaku pada zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sama ada dibuat oleh orang lain atau tidak lebih dari permainan politik PAS semata-mata,” tulis portal itu.

 

Laporan itu mendakwa, penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepanjang tempoh itu tidak melibatkan Tun Mahathir sebaliknya adalah tanggungjawab Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 

“ISA yang kita sangka Dr. Mahathir bertanggungjawab itupun, rupanya dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri sewaktu zamannya – tidak kiralah Megat Junid atau orang lain, yang penting Dr. Mahathir sendiri tidak terlibat dengan semua dokumen berkaitan dalam simpanan kerajaan sebagai buktinya,” lapor portal tersebut.

 

Menguatkan laporan itu juga, ia disokong oleh hakikat bahawa sepanjang kepimpinannya, Tun Mahathir tidak pernah di dakwa di Mahkamah atas apa juga salah laku yang dikaitkan dengannya.

 

Ia tidak seperti  yang digambarkan terhadap Datuk Seri Najib yang didakwa terlibat dengan kes saman sivil di Amerika Syarikat sebagai MO1, biarpun namanya tidak tercatat dalam dokumen saman tersebut.

 

Tambah laporan itu, Tun Mahathir juga sangat berjiwa besar kerana terdahulu, selepas melakukan kesalahan dengan mengurangkan kuasa Yang Dipertuan Agung namun telah memohon ampun dan maaf kepada baginda. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.