Ribuan Terkandas, Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang Dilanda Banjir

GEORGE TOWN – Ribuan pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan lalu lintas selepas banjir melanda beberapa kawasan di Bayan Baru dan Sungai Ara, Pulau Pinang pada Jumaat.

 

Antara kawasan yang terjejas adalah sepanjang laluan kawasan zon perdagangan percuma di Bayan Lepas, Paya Terubong dan Bandar Baru Air Itam.

 

Kawasan itu dilanda banjir susulan hujan turun sejak pukul 3 pagi menyebabkan air di dalam longkang melimpah keluar.

 

Jalan Mayang Pasir di Bayan Baru antara kawasan yang terjejas teruk di mana paras air mencecah ke paras lutut.

 

@mytraffic Star Radio melaporkan insiden pokok tumbang di Jalan Paya Terubong dekat Jalan Tun Sardon selepas Galeri Eco World.

 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak Wong Mun Hoe menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kejadian itu menerusi laman Facebooknya.

 

Menurut Mun Hoe, jarak perjalanan mengambil masa selama 45 minit berbanding kebiasaan 10 minit untuk menghantar anak lelakinya ke sekolah yang hanya terletak 2 kilometer dari rumahnya. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.