Pulangan RM25 Juta, Berkat Jaga Anak Cacat

KUALA LUMPUR – Pengorbanan sepasang suami isteri menjaga anak yang mempunyai sakit Autisme, ternyata memberi mereka keberkatan apabila ternakannya mencatat pulangan sebanyak RM 25 juta.

 

Menurut Nazir Ali yang merupakan ayah kepada anak Autisme itu, beliau mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat selepas isterinya mengalami kemalangan sehingga mengorbankan abaknya yang masih dalam kandungan.

 

Pada mulanya, beliau tidak mengetahui bayi tersebut menghidapi Autisme, namun selepas diuji oleh doktor, ternyata bayi tersebut menghidapi Autisme.

 

Namun, beliau berkata, berkat daripada memelihara anak tersebut, ternakannya bertambah berkali ganda dalam  tempoh 10 tahun.

 

“Allah maha kaya, Berkat saya memelihara ‘anak syurga ini’, dalam tempoh 10 tahun, ternakan saya bertambah berkali-kali ganda.

 

“Di ladang saya saja kini ada 3000 ekor kambing dan lebih 500 ekor lembu dan jualan syarikat mencecah RM 25 juta!” katanya.

 

Tambah beliau lagi, kejayaan yang dikecapai hasil daripada kesanggupan beliau yang sanggup belajar ilmu baruwalaupun beliau tidak menghabiskan persekolahannya dahulu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.