Note 7 Meletup, Samsung Gantung Jualan

SEOUL – Samsung hari ini, menggantung jualan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.

 

Presiden Mobile Buissness Samsung Electronics, Koh Dong-Jin, berkata pihaknya telefon bimbit terkemuka dunia itu menyatakan ia menawarkan telefon baru model berkenaan kepada mereka yang sudah membeli Note 7 sejak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu.

 

“Kami sudah menerima beberapa laporan bateri Galaxy Note 7 meletup. Kejadian itu juga sudah disahkan berpunca akibat masalah bateri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Menurutnya, sejak dilancarkan, lebih sejuta unit Note 7 sudah dijual di seluruh dunia dan Samsung mengesahkan menerima 24 laporan kejadian bateri telefon berkenaan bermasalah.

 

Sejak bulan lalu, pengguna menyiarkan gambar dan video di media sosial menunjukkan Note 7 yang hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci ada kesan terbakar dan cair.

 

Masalah bateri itu menyebabkan Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Note 7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.