Gempa Bumi Gegar Pesisir New Zealand

WELLINGTON – Satu gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan pantai timur negara itu, lewat tengah malam tadi.

 
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu, yang berlaku pada pukul 4.37 pagi waktu tempatan, dikesan pada kedalaman 30km, kira-kira 167km dari bandar Gisborne.

 

Ekoran itu, menurut pasukan pertahanan awam, amaran tsunami turut dikeluarkan bagi kawasan pesisir pantai.
Radio New Zealand melaporkan, penduduk di kawasan pesisir wilayah East Cape turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.