Daish semakin aktif

Alor Setar: Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan militan Daish merancang kacau ganggu pada 16 September ini sempena Hari Malaysia untuk menunjukkan kehadiran mereka.

 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ini berikutan cubaan mereka untuk mengganggu sambutan Hari Kebangsaan lalu gagal apabila polis memberkas tiga suspek berusia 20-an dipercayai anggota kumpulan itu, dua hari lalu.

 

Bagaimanapun, pihaknya sedang memantau beberapa individu yang berpotensi untuk mewujudkan keadaan mengganggu ketenteraman awam di negara ini.

 

“Kumpulan ini sudah lama wujud, namun akhir-akhir ini mereka semakin aktif dan aktiviti meningkat menyebabkan mereka berani untuk menonjolkan diri.

 

“Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kegiatan mereka terus berleluasa di negara ini,” katanya pada sidang media di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya kepada Datuk Asri Yusof di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.