Chong Wei, beregu campuran terima insentif

Georgetown: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima insentif bernilai RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas kecemerlangan memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2016 di sini, hari ini.

 

Turut menerima insentif adalah pemain beregu campuran negara yang memenangi pingat perak, Chan Peng Soon dan Goh Lui Ying apabila masing-masing menerima RM100,000 dan RM25,000.

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu sebagai tanda perhargaan di atas kejayaan yang dicapai pemain nombor satu dunia itu.

 

Katanya, Pulau Pinang amat berbangga kerana dua daripada lima wira dan wirawati badminton berjaya memungut pingat Sukan Olimpik Rio 2016 adalah anak jati Pulau Mutiara.

 

Chong Wei dan Peng Soon adalah anak kelahiran Pulau Pinang manakala Liu Ying anak kelahiran Melaka.

 

“Kejayaan yang dicapai Chong Wei dan Peng Soon cukup membanggakan nama Pulau Pinang di persada sukan paling berprestij,” katanya.

 

Majlis penyampaian replika cek itu turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Frederick Tan.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.