Video: Pengemis Menangis Kena Pukul Dengan ‘Pak Guard’

Kuala Lumpur – Satu klip video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan membelasah seorang wanita warga emas menjadi viral di internet.

 

Klip video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan pengawal keselamatan terbabit menendang wanita malang itu yang dilihat duduk di tepi kaki lima.

 

Klip video itu, menunjukkan lelaki berkenaan mengacu cota  ke kepala wanita terbabit sambil mengancamnya sebelum beredar.

 

 

Tinjauan di ruangan komen mendapati, insiden berkenaan dikatakan berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah.

 

Sementara itu pengguna Facebook Juhan Junaidi berkata, wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.

 

 

“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang,” kata Juhan pada ruangan komen video terbabit.

 

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual ddengannya sebelum menghulurkan wang.

 

Malah tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang mengasari wanita itu menimbulkan kemarahan netizen.

 

Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut. Bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.

 

Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata, wanita berkenaan adalah pengemis dan sering berlegar di kawasan itu, tindakan pengawal keselamatan itu tidak wajar: “Beri sahaja sedekah kepadanya, bukan tendang macam itu.”

 

Video yang dimuat naik hari ini itu ditonton sebanyak 7,394 kali.

One thought on “Video: Pengemis Menangis Kena Pukul Dengan ‘Pak Guard’

  • September 3, 2015 at 9:54 am
    Permalink

    bagus caranya itu bah !!
    pekerja macam itu aku carik !!
    aku carik tuk pukul/tendang balik .. bah !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.