Siasatan Ke Atas Doktor ‘Selfie’ Selesai

Putrajaya – Siasatan ke atas seorang doktor yang bergambar sambil menunjukkan isyarat ‘peace’ ketika pesakitnya dalam posisi bersalin di sebuah hospital di Johor Bahru sudah selesai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

 

Beliau berkata, siasatan mendapati ia bukan rakaman gambar ‘selfie’ tetapi terdapat pelaku yang mengambil gambar itu.

 

“Ia bukannya foto selfie, ianya adalah satu foto (yang diambil oleh orang lain),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 

Dr Subramaniam berkata, tindakan terhadap doktor berkenaan dan individu yang mengambil gambar berkenaan akan dimaklumkan dalam masa sebulan.

 

Katanya mereka didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Etika Penggunaan Media Sosial dalam Sektor Awam.

 

“Tindakan (yang boleh diambil ke atas mereka) adalah dalam bentuk amaran, penggantungan atau dibuang kerja. Saya memandang perkara ini sebagai sangat serius,” katanya.

 

Perbuatan doktor berkenaan telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!