Bersih 4.0 Ibarat ‘Mini’ Arab Spring – Menteri

Putrajaya – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan menyifatkan Perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung hujung minggu lalu sebagai ‘mini’ Arab Spring, kerana bertujuan mendesak pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

 

“Dalam perhimpunan (Bersih 4) baju kuning, apakah tujuan perhimpunan itu? Jika anda ingin adakan satu perhimpunan menentang rasuah, tidak ada masalah. Ketidakadilan, tidak sepatutnya menjadi masalah juga.

 

“Tetapi tujuannya adalah untuk Perdana Menteri meletak jawatan … dan mereka (penganjur) mahu Perdana Menteri sementara dan kerajaan… dan dalam tempoh setahun, mereka mahu pilihan raya baru.

 

“Jadi, ia bukan lagi mengenai rasuah tetapi ‘mini” Arab Spring. Oleh itu bila berkaitan ini, sudah tentu kerajaan tidak membenarkan ia diteruskan,” kata Low.

 

Bagaimanapun, beliau ‘memuji’ peserta perhimpunan itu kerana menjaga kelakuan sepanjang perhimpunan 34 jam itu.

 

Arab Spring merujuk kepada kebangkitan rakyat yang memprotes kerajaan pemerintah di beberapa negara di Timur Tengah.

 

Ujar Low lagi, kerajaan telah memberi ruang kepada rakyat untuk berhimpun namun maksud itu boleh dipersoalkan.

 

“Jadi anda tidak melemahkan demokrasi parlimen yang diamalkan di Malaysia,” kata Low.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.