KDN Akan Ambil Tindakan Terhadap Pihak Hina Sultan

Tanjung Karang – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap pihak yang didapati menghina sultan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyuarakan rasa kecewa kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah dituduh, dimaki dan dihina dalam media sosial ekoran kemelut Menteri Besar Selangor.

Katanya, sebagai ketua agama dan tonggak perpaduan, sultan sepatutnya dihormati.

“Saya berjanji pada diri saya, mana-mana pihak yang didapati menghina sultan, saya akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.