Intan Ladyana Dakwa Kamal Adli Bohong, Kalau Kata Tak Tahu Hubungan Putus

Pelakon Intan Ladyana memberitahu dia sudah tidak ambil kisah lagi tentang bekas kekasihnya Kamal Adli bahkan tidak lagi berhubung dengan aktor sejak pendedahan dibuat dalam satu majlis pada 25 Ogos lalu yang mana mengesakan mereka sudah putus cinta.

Malah Intan menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut dan tidak tahu tentang status hubungan mereka putus ketika Intan mengumumkan perkara itu adalah tidak benar.

Intan, 32, berkata, keputusan tersebut dilakukan setelah mereka berbincang dan memutuskan perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai jalan terbaik terhadap hubungan yang dibina hampir enam tahun itu.

“Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.

“Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru,” katanya.

“Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang gambar mereka berdua yang dimuat naik oleh Kamal beberapa hari lalu melalui akaun Instagram miliknya, Intan berkata dia tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Dia juga sudah tidak mengikuti laman Instagram Kamal dan begitu juga sebaliknya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang gambar mereka berdua yang dimuat naik oleh Kamal beberapa hari lalu melalui akaun Instagram miliknya, Intan berkata dia tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.