Bersih sangkal dakwaan Fahmi tak hadir taklimat lesen media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bersih menafikan dakwaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa NGO itu tidak hadir sesi libat urus mengenai pelesenan platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet.

Pengerusinya, Faisal Abdul Aziz, berkata wakilnya ada menghadiri taklimat diadakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi pihak Bersih dan Centre for Independent Journalism (CIJ).

Katanya, CIJ dan pertubuhan masyarakat sivil lain mencadangkan agar SKMM mempertimbang memperkenal model alternatif mengawal selia media sosial dan bukannya menerusi lesen.

“Mereka juga mencadangkan perundingan lebih mendalam diadakan, terutama dengan pertubuhan masyarakat sivil dalam merumuskan kod tatakelakuan media sosial.

CIJ turut mencadangkan dibentuk jawatankuasa dengan pertubuhan masyarakat sivil, pakar, dan wakil daripada platform media sosial untuk mengkaji kod tatakelakuan, justeru ia tidak menjadi pendekatan atas ke bawah apabila SKMM menggubalnya, katanya di X.

Pada sidang media semalam, Fahmi berkata Bersih dan Muda dijemput dalam sesi libat urus tersebut oleh SKMM, namun tidak hadir.

Jurucakap kerajaan berkata, banyak komen diterima daripada mereka, namun apabila dijemput untuk memberikan pandangan, kelibat langsung tidak kelihatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat