ADUN Mahkota meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada Jumaat, 2 Ogos 2024.

Pemergian Sharifah Azizah itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Facebooknya.

“Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Pemergian Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi.

“Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah,” ucap beliau.

Sharifah Azizah, 63, sebelum ini dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, akibat pendarahan dalaman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat