Elaun Anggota RELA Bertugas Di Pusat Khidmat Komuniti Dihentikan

Penugasan berbayar anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di 98 pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) ditamatkan berkuat kuasa 1 September depan.

Berdasarkan surat kepada pengarah-pengarah RELA yang dilihat Malaysiakini, RELA bagaimanapun tiada halangan jika anggota terlibat ingin bertugas secara sukarela tanpa elaun.

Surat itu meminta maklumat itu dihebahkan ke pejabat-pejabat RELA daerah di seluruh negara.

Tiada alasan diberikan susulan penamatan penugasan itu tetapi menjelaskan ia diputuskan oleh pengurusan tertinggi RELA.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi jabatan itu.

Sumber dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika dihubungi mengesahkan kesahihan surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, kenyataan media berkaitan dijangka dikeluarkan selepas ini. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.