Ara Kekal Imej Ringkas Kemas

PENYANYI Ara Johari, 20, mengakui status artis mengongkong penampilan sebenarnya yang lebih selesa tampil dengan imej ringkas.

Bagaimanapun kata Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, ia sedikit pun tidak ‘menghilangkan’ identiti sebenar dirinya.

“Saya sedar apabila jadi penyanyi, saya menjadi individu yang jadi perhatian hingga perlu menjaga pemakaian.

“Tapi saya masih dengan imej dulu yang selesa memakai seluar, kemeja dan sneakers ketika keluar berjalan-jalan,” katanya.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Warkah Untukku itu akui kini lebih menitikberatkan kekemasan diri.

“Harap kenyataan saya tidak disalah tafsir. Saya sedia maklum sebaik melangkah masuk bidang seni, saya tidak boleh berpakaian ‘asal boleh’ seperti sebelum ini.

“Masyarakat masa kini mempunyai deria penglihatan yang lebih tajam apabila melihat artis di tempat awam.

“Mereka akan memerhati dan mula bercakap apa saja yang tidak kena pada mata mereka.

“Kalau pakai selipar Jepun ketika berjalan-jalan di pusat beli belah akan diperkatakan.

“Berbeza kalau individu lain yang buat begitu, tidak timbul isu pun,” katanya.

Bagi Ara, perubahan yang dilakukannya adalah untuk mengelak dari menjadi buah mulut orang.

Pada masa sama, ketrampilan sebagai anak seni harus dijaga kerana itu adalah perkara pertama yang dinilai untuk cari makan.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.