300,000 Orang Dapat Manfaat Dari Projek Perumahan Rakyat

MIRI – Sejumlah 83,380 unit kini memberi manfaat kepada lebih 300,000 rakyat seluruh negara disediakan menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) sejak di laksanakan tahun 2001 hingga sekarang.

Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abdul Rahim Ishak berkata, program itu yang masih diteruskan sudah mencecah perbelajaan hampir RM6 bilion.

Beliau berkata, kos itu membabitkan pelaksanaan sebanyak 118 projek PPR yang dirancang kerajaan sepanjang tempoh itu.

“Unit rumah di bawah PPR ini ditawarkan kepada rakyat sama ada secara sewaan ataupun dijual.

“Kadar sewaan dan harga jualan adalah pada kadar yang mampu ditanggung penyewa atau pembeli,” katanya di majlis Penyerahan Kunci Rumah PPR Lambir dekat sini, sebentar tadi.

Majlis penyerahan kunci itu dilakukan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, merangkap Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee.

Abdul Rahim berkata, di Sarawak sebanyak enam projek PPR sudah dijayakan membabitkan sejumlah 3,521 unit rumah. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.