Pengguna Kad MyRapid Diberi Diskaun Sehingga 55 Peratus

KUALA LUMPUR – Pengguna Kad MyRapid akan menikmati keistimewaan diskaun sehingga 55 peratus melalui Program MyRapid Previleges yang meliputi lebih 17 tempat di Kuala Lumpur, bermula hari ini.

 

 

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan di sini berkata MyRapid Privileges bertujuan memberi ganjaran kepada pemegang Kad MyRapid samping menggalakkan lebih banyak transaksi pembayaran tanpa tunai.

 

 

“Keistimewaan diskaun itu meliputi di kedai makanan, salun kecantikan dan penjagaan kesihatan, kawasan rekreasi, kasut dan pusat tarikan pelancong seperti Time Square Theme Park, Petrosains dan Taman Burung KL.

 

 

“Selain itu, dengan mengemukakan kad MyRapid anda, Hotel Metro 360 menawarkan 55 peratus diskaun kadar semasa bagi biliknya mulai sekarang hingga 30 Jun tahun depan,” katanya.

 

 

Pengguna Kad MyRapid boleh melayari laman web rasmi di www.myrapid.com.my untuk maklumat lanjut mengenai tawaran berkenaan.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!