Peluang Rakyat Malaysia Ikuti Pengajian Tinggi Di Oman

Oman menawarkan peluang kepada pelajar dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk melanjutkan pelajaran di Univerisiti Muscat.

 

Pengarah Pemasaran, Rekrut dan Kemasukan Pelajar universiti itu, Dave Liston berkata, bermula 25 September ini universiti itu akan mengambil kumpulan pertama untuk program asasi dan pra sarjana.

 

 

Katanya, universiti itu juga akan melancarkan program ijazah pertama dan sarjana pada September 2017 menerusi tiga fakulti iaitu Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Pengangkutan dan Logistik.
 

 

“Universiti Muscat menerima kelulusan daripada Majlis Pelajaran Oman dan akan memulakan operasi di bangunan baharu di hadapan pusat membeli belah Avenue Mall, di pusat ibu negara Oman pada awal 2017.
 

 

“Bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan berkualiti global, universiti ini menjalin kerjasama dengan Universiti Cranfield dan Aston di England,” katanya dalam satu kenyataan.
 

 

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Eid Mubarak bersama Pejabat Kebudayaan Oman di Kuala Lumpur.
 

 

Dengan kerjasama itu, jelasnya, kedua-dua univerisiti tersebut akan menjadi rakan kongsi pendidikan yang menawarkan pembelajaran dengan tenaga pengajarnya adalah 100 peratus dari United Kingdom.
 

 

Tambahnya, program Sarjana di Muscat akan ditawarkan dengan kerjasama Universiti Cranfield manakala program ijazah sarjana muda akan diajar oleh Universiti Aston.
 

 

Bagi mengembangkan promosi serta jalinan kerjasama peluang pendidikan antara rakyat Malaysia dan Oman, universiti itu telah melantik Pengerusi Higher Partnership Sdn.Bhd., Razman Hakim Abdullah, sebagai wakil di Malaysia dan ASEAN.
 

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi universiti Muscat di talian +968 9069 6411 atau emel: dliston@muscatuniversity.edu.om. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.