Ura-Ura Saya Ditangkap Hanya Khabar Angin – Muhyiddin

KLUANG – Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menceritakan keadaannya selepas pengguguran jawatan dalam kabinet pada Selasa lalu bahawa terdapat ura-ura beliau akan ditangkap kerana mempersoalkan kes 1MDB.

 

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau dimaklumkan anak perempuannya supaya tidak pulang terlebih dahulu ke rumah kerana ramai wartawan.

 

Katanya, selepas memasuki rumah beliau diberitahu Jabatan Peguam Negara sedang menyiapkan dokumen yang diperlukan untuk menangkapnya.

 

Susulan itu, katanya beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengesahkan perkara tersebut dan terbukti ianya hanya khabar angin.

 

“Saya bercakap dengan Zahid mengucapkan tahniah dan saya mendoakan semoga berjaya. Saya bertanya benarkah saya nak ditangkap dan nak tangkap saya apa kesalahan saya?.

 

“Isteri saya pun dah sebak saya cakap tak kan la tugas pertama you sebagai TPM (Timbalan Perdana Menteri) nak tangkap TPM yg lama?” katanya di sini, hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang di Dewan Pekan Rabu, di sini.

 

Mesyuarat perwakilan tersebut merupakan Mesyuarat pertama yang dirasmikan oleh Muhyddin selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu.

 

Pada masa sama Muhyiddin berkata, beliau menyifatkan penggugurannya adalah suratan takdir dan ada hikmah disebaliknya.

 

Kini, jelas Muhyiddin, beliau mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga dan anak-anak.

 

Namun katanya, pada masa sama tetap tertanggungjawab dan sentiasa amanah dalam memikul tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.