PAS Terengganu Putuskan Hubungan Dengan Raja Bahrin

SHAH ALAM – Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi.

 

Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud@Said@Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah hasil mesyuarat Pas Kuala Terengganu semalam.

 

“Pas kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1hb Ogos 2015 berpegang kepada perkeliling isu Harapan Baru yang dikeluarkan Pas Pusat bertarikh 29hb Julai 2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu,” petik kenyataan rasmi  Pas Kuala Terengganu hari ini.

 

Terdahulu, Kamarul Bahrin mengumumkan bahawa beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu dalam satu himpunan Harapan Baru pada 31 Julai 2015 di Jerteh, Terengganu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.