Muhyiddin Mengadap Sultan Johor Petang Ini Menurut Sumber

Johor Bharu – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang ini.

 

Menurut sumber ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, perjumpaan pada sekitar jam 2.00 petang itu akan di Istana Bukit Serene.

 

“Saya dimaklumkan Tuanku menjemput Tan Sri untuk makan tengah hari.

 

“Perjumpaan tersebut dikatakan mengenai perkembangan isu-isu politik negara dan isu pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri” ujarnya kepada SuaraTV yang enggan mendedahkan identitinya.

 

Muhyiddin pagi ini merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang, di Kluang, Johor.

 

Ketibaan beliau pada jam 10.10 pagi hari ini disambut dengan paluan kompang dan selawat oleh perwakilan yang hadir.

 

 

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.