Lapan UMNO Bahagian Batal Jemput Muhyiddin Rasmi Mesyuarat

Johor Bahru – Lapan UMNO bahagian telah membatalkan hasrat untuk menjemput Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk merasmikan persidangan UMNO peringlat bahagian.

 

Menurut sumber pejabat Timbalan Presiden kepada SuaraTV sebentar sehingga kini hanya tiga bahagian UMNO sahaja yang bersetuju untuk meneruskan jemputuan.

 

“Sehingga hari ini sebanyak lapan bahagian UMNO telah memaklumkan untuk membatalkan hasrat menjemput Tan Sri atas pelbagai sebab.

 

“Bahagian-bahagian tersebut Sik, Tangga Batu, Hulu Terengganu, Cameron Highlands, Raub, Lumut, Bukit Gantang dan Lipis” katanya kepada SuaraTV ketika ditemui di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang di Dewan Pekan Rabu di sini pagi tadi.

 

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, hanya tiga bahagian sahaja yang masih bersetuju untuk meneruskan jemputan tersebut manakala satu bahagian lagi masih belum memberikan sebarang keputusan.

 

“Antara bahagian yang masih bersetuju untuk menjemput Tan Sri merasmikan persidangan bahagian mereka ialah Kemaman, Semporna dan Silam.

 

“Manakala sehingga kini UMNO bahagian Kubang Pasu masih belum memberikan sebarang keputusan” katanya lagi.

 

Terdahulu UMNO Raub dan Sungai Besar memutuskan untuk membatalkan jemputan mereka terhadap Muhyiddin merasmikan persidangan bahagian atas alasan menjaga keharmonian ahli parti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.