‘Flaperon’ Pesawat Boleh Terapung, Diperbuat Dari Komposit Ringan – Nik Huzlan

KUALA LUMPUR – Serpihan pesawat atau ‘flaperone’ yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit ringan.

 

Ini adalah pendapat bekas ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein yang berkata mungkin juga terdapat ‘air pocket’ di dalamnya.

 

“Dalam pesawat jet modern, ada kepak-kepak yang boleh dikeluarkan pesawat untuk mendarat dan terbang. Bila mendarat kita tidak hendak mendarat dengan laju.

 

“Flaperone boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit yang ringan dan padat. Ia mungkin ada ‘air pocket’ di dalam.

 

“Dia tak kalis air dan sebab itu boleh terapung,” katanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.