Wartawan Diacu Senjata

Kiev – Kepala seorang wartawan warga Australia diacu selaras mesingan, ketika dia cuba meninggalkan lokasi nahas pesawat MH17 di timur Ukraine, lapor Reuters.

Kenderaan yang dinaiki wartawan veteran Channel Nine, Damian Ryan dan petugas berita itu diarahkan berhenti oleh seorang anggota puak pemisah pro-Rusia, kira-kira satu kilometer dari kawasan nahas.

Dalam siaran di laman web Channel Nine, Ryan menyifatkan anggota puak pemisah itu sebagai ‘tidak stabil’.

“Dia mengacukan AK47 ke kepala kami, kerana menganggap kami tentera Ukraine.

“Kedengaran jeritan di kawasan nahas, sebelum dia menyedari kami adalah wartawan dan mengarahkan kami meninggalkan kawasan tersebut, kerana pertempuran sedang berlaku,” katanya.

Kumpulan berkenaan baru pulang dari kawasan nahas, selepas penyiasat Australia berjaya memasuki kawasan berkenaan pada Khamis.

“Kami akhirnya dapat keluar dari kawasan tersebut yang pada mulanya dilihat seperti selamat, tetapi boleh jadi berbahaya pada hari seterusnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.