Wanita Didakwa Bunuh Ibu Kandung

Kuala Lumpur – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh ibunya yang berumur 74 tahun di sebuah rumah kedai di Jalan Sentul, minggu lepas.

Teng Lye Choo, 44, didakwa membunuh Ong Kok Mui@Wong Pek Lin di No 774F, Jalan Sentul, pada 24 Julai lepas pada 8 pagi hingga 10.38 pagi, keesokannya.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.