Vangelis Moras Derma Sumsum Tulang Kepada Abang

Athens – Pemain pertahanan Greece, Vangelis Moras, 32 tahun, ‘terbang’ ke Australia untuk menderma sumsum tulang kepada abangnya, Dimitris yang menghidap leukemia, lapor stesen radio Sport FM, pada Rabu lalu.

Vangelis yang juga pemain skuad Piala Dunia tahun ini, turut memuat naik gambar bersama abangnya di hospital ke akaun Facebooknya.

Gambar tersebut tertera kapsyen ‘Ready for Action’ yang memaparkan gambar Vangelis dan abangnya yang memakai baju Superman di katil hospital.

Dimitris, 33 tahun, dikatakan berkunjung ke Australia dari Greece dalam lawatannya untuk bertemu saudaranya, tetapi jatuh sakit seminggu selepas tiba di sana.

Dia kemudiannya disahkan menghidap leukemia myeloid akut.

Pemindahan sum-sum tulang itu dijadualkan dibuat di Hospital Alfred di Melbourne, esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.