Saya Buat Apa Yang Perlu

Datuk Seri Najib Razak mengakui tindakannya berunding dengan kumpulan pemisah di Ukraine menyentuh sensitiviti pihak tertentu, selain meletakkan 12 nyawa pasukan keselamatan dalam risiko.

Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, gerak hatinya kuat menyatakan ia perlu dilakukan dan merentasi dimensi geopolitik.

“Saya buat apa yang perlu saya lakukan. Saya memikirkan soal beban emosi keluarga mangsa jika perlu menunggu lebih lama.

Rundingan itu sulit dan saya perlu melakukannya sendiri. Saya memberi arahan spesifik dan tersilap langkah, risikonya ditanggung 12 anggota pasukan kita dan hakikat itu sentiasa berada di fikiran saya” katanya.

Dugaan Ramadan

“Emosi saya bercampur-baur. Kekuatan saya adalah Tuhan dan keluarga. Dugaan Ramadan ini memang hebat, saya perlu membuat panggilan pada jam 3 hingga 5 pagi, tidur tak cukup tetapi semua itu perlu dilalui.

Alhamdulillah, di akhirnya semua berjalan lancar,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan kerja dua hari ke Belanda di Hotel Intercontinental Amstel di sini, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.