Petronas Rangkul Anugerah Jenama Majikan Terbaik

Kuala Lumpur – Petronas memenangi Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2014 kelima, sekali gus memperkukuh kedudukan syarikat multinasional minyak dan gas itu sebagai satu daripada majikan paling ternama dalam industri dan rantau ini.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf Petronas kerana usahanya yang tidak mengenal jemu dan pelaburannya dalam meningkatkan pembangunan modal insan, serta amalan, dasar dan strategi sumber manusia ke arah penawaran cadangan nilai kepada segmen bakat yang semakin pelbagai.

Anugerah itu diwujudkan khusus, dimiliki dan dilaksanakan oleh Institut Penjenamaan Majikan, sebuah organisasi yang diuruskan oleh golongan professional dari beberapa negara.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Kanan Petronas bagi Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Raiha Azni Abdul Rahman, berkata: “Menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2014 merupakan kejutan yang amat menyenangkan bagi Petronas.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.