Pertempuran Di Timur Ukraine, 14 Terkorban Termasuk 10 Askar Kerajaan

Kiev – Empat belas orang terkorban termasuk sekurang-kurangnya 10 askar kerajaan ketika pertempuran berdekatan lokasi nahas pesawat MH17, kata jurucakap tentera Ukraine hari ini.

“Jumlah yang dikenalpasti ialah 14 orang mati tapi empat mayat belum dapat dipastikan identiti dan mungkin askar Ukraine atau pengganas,” kata jurucakap tentera, Oleksiy Dmytrashkivsky.

Katanya, kira-kira 10 askar Ukraine mati dalam pertempuran di bandar Shakhtarsk kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas MH17. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.